Tuesday, June 3, 2014

D U I T derma

hari Jumaat 
hari barakah
hari aku pergi
mendengar khutbah
....
tengah hari itu
ke Tabung Haji,
riuh-rendah
di gerai kecik-kecik
berjual-beli
penjual mencari nafkah
pembeli dapat rezeki
....
ada juga 
peminta derma,
peminta sedekah
minta belas ihsan 
pejalan kaki
....

ada makcik 
ini sorang
dengan anaknya
baring terlentang
di bawah sinaran matahari
yang panas terik.
anaknya sakit
kerna kepalanya 
yang lebih besar 
dari jasadnya
membuat hatiku 
sangat sedih
....

hari ini hari jumaat
hari yang berkat

 not RM 10 dalam genggaman 
tapi kan
boleh ke bagi ni?
Jabatan Kebajikan Masyarakat?
tapi
sindiket?

 ikhlaskah aku nak sedeqah ni?

....

nak bagi,tak nak bagi
nak bagi, tak nak bagi
nak bagi,tak nak bagi
akhirnya, 
dengan hati yang 
diikhlaskan
duit tu dimasukkan 
dalam Tin 

dan
aku berlalu pergi
dengan penuh kebingungan

ikhlaskah aku ?




















No comments:

Post a Comment