Thursday, June 19, 2014

I N I hari


indahkah hari ini? 
bila lihat mereka yang mati?
saat mereka dicabut nyawa
terlihat yang lain tertawa 

adakah ini hanya permainan?
mungkin atas nama
 menangkis kejahatan
yang kau sendiri pasti
yang
Ini adalah kezaliman
nyata


apakah mengaut nyawa orang 
itu kerja amal?

in the name of justice
justice is served
to keep the world safe
sacrifice must be made
by torturing innocent lives
 what crime did we commit?
you mean, by being alive
is a great sin?

oh 
mungkin
'Kami tak perlu tahu
tutup mata
melihat das-das tembakan 
menebusi jasad
yang tidak berdosa 
tutup telinga
dari pekikan suara
 seorang anak 
melihat bapanya 
rebah di depan mata

tutup mulut rapat-rapat
kami hanya menurut
apa yang sepatutnya disuruh






Tuesday, June 3, 2014

D U I T derma

hari Jumaat 
hari barakah
hari aku pergi
mendengar khutbah
....
tengah hari itu
ke Tabung Haji,
riuh-rendah
di gerai kecik-kecik
berjual-beli
penjual mencari nafkah
pembeli dapat rezeki
....
ada juga 
peminta derma,
peminta sedekah
minta belas ihsan 
pejalan kaki
....

ada makcik 
ini sorang
dengan anaknya
baring terlentang
di bawah sinaran matahari
yang panas terik.
anaknya sakit
kerna kepalanya 
yang lebih besar 
dari jasadnya
membuat hatiku 
sangat sedih
....

hari ini hari jumaat
hari yang berkat

 not RM 10 dalam genggaman 
tapi kan
boleh ke bagi ni?
Jabatan Kebajikan Masyarakat?
tapi
sindiket?

 ikhlaskah aku nak sedeqah ni?

....

nak bagi,tak nak bagi
nak bagi, tak nak bagi
nak bagi,tak nak bagi
akhirnya, 
dengan hati yang 
diikhlaskan
duit tu dimasukkan 
dalam Tin 

dan
aku berlalu pergi
dengan penuh kebingungan

ikhlaskah aku ?